Isnin, 4 Mei 2009

Münster di Hari Pekerja. Bahagian Dua.

Hari ini hari Sabtu, 2 Mei 2009. Walaupun hari pekerja hanya pada 1 Mei, tak mengapa, itu hanyalah tajuk. Semua bangun lambat kerana penat dan kekenyangan. Sarapan pagi pada pukul sepuluh. Menunya adalah nasi lemak Kak Ros. Seperti biasa sungguh sedap. Ru adalah salah seorang bertanggung jawab dalam penghasilan nasi lemak ini kerana beliau adalah pengupas telur utama.


Gambar Yed di awal pagi


Usai makan nasi lemak, semua harus bersiap untuk keluar bersiar-siar di bandar Münster. Pada jam 12 tengah hari, kami pun melangkah keluar untu
k ke bandar Münster. Dari rumah kak Ros, kami melalui tepi tasik, dilihat orang sebagai satu gerombolan besar melayu berjalan umpama perarakan sukan olimpik. Ah, persyaitankan mereka. Cam tak penah nampak orang pulak! Nasib baik kami tidak lambai-lambai tangan. Sesampai di hujung tasik, kami terpaksa berpecah dengan kak Ros dan Yani, kerana mereka ingin mencari tempat sesuai untuk berBBQ nanti.

Destinasi pertama kami di bandar Münster ialah pasar raya Lidl. Kami perlu menambah beberapa botol lagi minuman untuk BBQ nanti. Di samping itu, peserta juga dihidangkan dengan aiskrim Lidl cap ayam. Selanjutnya, kami menyusuri pusat bandar Münster, menuju ke Fußgängerzone bandar Münster. Oh ya, Minim harus pulang segera kerana ade hal katanya. Palop menemani beliau ke stesen keretapi. Kami kehilangan seorang peserta.


















Gambar-gambar di bandar Münster


Setelah puas merayap di bandar
Münster, pulanglah kami untuk bersiap pula ke Aasee untuk berBBQ. Setelah pulang dari bandar, kami bergegas semula ke rumah kak Ros untuk persediaan BBQ. Kehadiran kak Anu di rumah kak Ros menambah lagi bilangan peserta. Bak kata pepatah, patah tumboh hilang berganti ! Kak Anu punyai seekor basikal. Basikalnya berbelang-belang hitam dan kuning menjadi pujaan sekalian peserta terutamanya Pam.

Cerita dilajukan lagi. Kami berangkat ke tepi tasik yang sudah dicopkan tempatnya oleh kak Ros bersama-sama peralatan BBQ juga ayam, lebihan cucukan steamboat dan sosej sebagai makanan bakar utama nanti. Sampailah kami di sana setelah 10 minit berjalan. Mulanya, AJK tikar iaitu Ru, membentangkan tikar sebagai alas untuk duduk kelak. Lop, Kak Anu dan Yung adalah AJK pembakaran yang sangat dedikasi. Yang lainnya merupakan AJK pemerhati juga merangkap AJK permainan rakyat, UNO, daun terup dan raket. Sebelum menunggu ayam masak, ada mereka bermain kad, raket dan ada juga berbasikal.






















Gambar
Pertama :
Ayam sedang dibakar
Kedua : Ru sedang makan
Ketiga : Sebelum insiden
Keempat :
Pasukan Raket Roma

Pabila ayam sudah masak enak, malah ada yang hitam dek kerana kepakaran pembakarnya, maka berkumpulah semuanya di atas tikar medan pemakanan. Sedang makan, tiba seorang lagi peserta baru bernama Mitch, lantas terus makan bersama. Setelah makan, masing-masing ingin bermain, ada yang main raket, ada yang main kad, ada yang berbasikal malah ada juga yang membuat aksi lompat untuk seisi bergambar. Macam-macamlah. Malu rasanya nak cerita, ketika saya ingin berbasikal menyusuri tasik Aasee, tiba-tiba terhempap dek basikal disebabkan daya tolakan yang dikenakan oleh Lop begitu tinggi. Kesian saya, bibir sedikit terkoyak. Saya juga tak pasti samada saya menangis ataupun tidak. Ah, lupakan sahaja. Cuaca tampak makin mendung juga makin sejuk. Ayuh kita pulang semula ke rumah kak Ros.

Malam itu, makan
soto. Yani telahpun pulang usai sahaja BBQ berakhir. Soto disiapkan oleh chef utama kami, kak Ros. Sangat mantap. Mahu sahaja makan 10 mangkuk! Malam itu, ada yang tidur awal, ada yang demam dan sebagainya. Kak Anu meluangkan masa bersama sebelum pulang ke rumahnya pada larut malam. Kak Anu juga mencuba permainan rakyat, yakni pissshh, namun taktiknya senang dihidu dek lawan, kerana dia suka menunjukkan gaya ular sahaja walhal gaya peace, batu dan berger juga boleh diguna pakai. Bosan dengan semua permainan, saya ajak Labu, Yed, Yung dan Lop untuk menonton kisah seram Keliwong di TV3. Agak seram. Ru tidur awal, tak dapatlah dia join sekali.

Seperti biasa, di akhir rancangan, semuanya penat, letih, mengantuk dan kekenyangan. Maka tidurlah mereka. Tamat bahagian 2. Bahagian akhir bakal menyusul kelak. Nantikan!