Isnin, 4 Mei 2009

Münster di Hari Pekerja. Bahagian Satu.

Göttingen ke Münster Westfalen sebenarnya hanya 3 jam lebih.
Tetapi tren dinaiki oleh kami telah melencong ke Münster yang tiada punyai umlaut. (Kliklah untuk tahu apakah maksud umlaut). Ianya adalah 2 tempat berbeza. Semua itu ankara saya, maaf rakan-rakan sekalian, kususun sepuluh jari kaki. Di sana rakan-rakan dapat mengenali Hamburg.



Cerita dilajukan. Saya mengambil keputusan untuk mengambil tren yang berasingan daripada rakan rakan yang lain. Saya memilih untuk berseorang ke Münster dengan menaiki tren
Intercity (IC). Dua jam suku perjalanan dari Hamburg, akhirnya saya menemui umlaut pada huruf u di ejaan Münster.



Rumah Kak Ros terletak lebih kurang 10 minit dengan menaiki bas. Pam dan Yung membawa saya ke destinasi makanan terhebat ini. Loceng ditekan, kak Ros dengan tenang membuka pintu. Saya pun bersalam dengan Kak Ros, di samping bersalam kenalan dengan Yani dan Minim. Labu juga ada di sini. Palop dengan tidak sabar ingin mendengar cerita kesesatan perjalanan, walhal aku ketika itu kelaparan. Ah, tak apalah. Kuceritakan jua. Selanjutnya saya makan ayam golek kak Ros. Lazat!

Ayam Golek Kak Ros

Cuaca hari tersebut sangat indah, Palop mengajak keluar ke tepi tasik bernama Aasee. Bersama Yani, Minim, Labu, Pam dan Yung, kami ke tasik yang indah itu. Wah sungguh nyaman. Kak Ros tak ikut sebab ingin memastikan semua makanan menepati piawai. Sihat, lazat dan punyai khasiat.
Di tepi tasik, kami bermain permainan rakyat yang diajar oleh palop, yakni alihkan sahaja batu kecil itu. Lagunya berbunyi begini ;

Pindahkan tempat batu kecil ini
pindahkan ia ke sana ke mari,
si betina bertelur, telurnya tinggal satu,
telur, telur, telur, telur.

Jam menunjukkan pukul tujuh petang. Ditemani Palop dan Labu, saya seterusnya ke stesen keretapi utama Münster untuk menjemput rakan-rakanku yang telah kutinggal di Hamburg tadi. Rah, Baz, Yah, Yed dan Ru akhirnya sampai ke Münster(Westfalen)! Tahniah diucapkan. Sesampainya mereka, kami membawa mereka semula ke tasik Aasee.

Sesampai semula di Aasee, Pam, Yung, Minim dan Yani masih ralit bermain permainan alihkan saja batu kecil itu. Memandangkan Rah dan Yed membawa raket ditambah raket yang digelapkan dari Goethe, kami seterusnya bermain raket secara begilir-gilir sehingga matahari terbenam. Seterusnya, kami baliklah ke rumah kak Ros. Sesampainya di muka pintu rumah kak Ros, pasukan tersalah tren Göttingen pun menjerit, Kak Ros..... Kami datang nak makan.... Sungguh tidak malu!

Cerita difast forwardkan lagi. Makan malam hari itu adalah Steamboat. Wow! Sungguh mengkagumkan. Daging ayam, sotong dan bebola dicucuk dengan sebatang lidi sate, lantas direndam di dalam sup mendidih, diserikan lagi dengan air kicap dan air lada melengkapkan lagi selera sekian peserta.



Inilah Steambot

Selepas makan, kami semua kembali cergas. Permainan rakyat diteruskan, diselang selikan dengan permainan kad UNO dan daun terup. Permainan rakyat juga ditambah malam tersebut.
Antaranya ialah Pishhhh, Concentration gives no reason, buaya biawak dan Cak kelicap cap cap cap cap. Namun permainan pishhh mendapat rating yang tinggi pada malam itu.

Malam itu juga, ada kejutan. Majlis hari jadi tertunda bagi Palop dan terawal untuk Rah diadakan. Bagi Rah ianya tiadalah kejutan kerana sudah mengetahui asal usul kek tersebut. Tetapi sebaliknya bagi Palop. Beliau sungguh terharu.


Sambutan Hari Jadi

Setelah semuanya penat dan kekenyangan, tidurlah kami. Selanjutnya akan diceritakan untuk hari esoknya...

Nantikan sambungannya... Sabar...

4 ulasan:

fairuz razali berkata...

psssstttt... sambil wat gaye ular.. ha lawan2. lol

najiha herbalife berkata...

alamak aku terbuat ular jugak lahh..kalah cm ni

Tanpa Nama berkata...

salah satu huruf buruk padahnye..insap la wahai manusia!!

Fakhruru berkata...

bgus cik
dh aktiv kan blog
:-)