Akhirnya, 3 hari 2 malam di Münster juga kami. Hari ini, macam biasa kebanyakannya bangun lambat. Mitch bangun agak awal, dia menolong kak Ros menyediakan sarapan pagi untuk hari ini iaitu cokodok. Wabak demam melanda. Jangkitannya entah berpunca daripada siapa. Namun begitu, cokodok kak Ros tetap menyelerakan bagi mereka yang demam, walau tahap selera makan berkurang ketika demam. Sungguh hebat. Pagi itu Palop terpaksa pulang awal, iaitu sekitar jam 10 pagi kerana beliau ada komitmen lain, hanya sempat menjamah sedikit cokodok. Tak mengapalah, kamipun akan pulang selang beberapa jam selepas itu.
Oklah dipendekkan cerita, makan tengah hari adalah nasi beserta ayam kicap sebagai menu utama di samping sayur goreng. Inilah juadah terakhir untuk trip 3 hari 2 malam Münster. Semua nampak sungguh berselera. Selepas makan, semuanya berkemas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya bersama Ru, Yed, Baz, Yah dan Rah pulang ke Göttingen, Pam ke Bremen, Mitch ke Krefeld kalau tak silap saya manakala Labu dan Peyung ke bandar arang batu Gelsenkirchen. Sebelum balik, bergambar kenanganlah kami umpama bergambar keluarga. 3 kamera disandalkan dengan apa-apa yang boleh dijadikan sebagai penyendal lantas diself timerkan. Cheese!!!! Gambar-gambar pun diambil. Selanjutnya beransurlah kami untuk berangkat ke pangkuan. Suasana sedih berlaku di tangga dekat pintu rumah kak ros, apabila masing-masing bersalam dan mengucapkan selamat tinggal buat kak Ros. Oh kak Ros, hingga ketemu lagi. Terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya percutian ini begitu seronok dan mengenyangkan. Kalau ada ruang dan peluang mahu sahaja dibuat lagi!
Cerita belum tamat lagi. Setelah saya bersama rakan-rakan sampai di Göttingen, kami dapati semua basikal kami berada dalam keadaan selamat kecuali basikal Yah. Kesian, tayarnya dipancitkan. Durjana sungguh si pembuatnya. Tapi itulah kehidupan. So ist das Leben ! Habislah sudah cerita ini. Ini bahagian akhir, pendek-pendek sudah!
Keseluruhan saya simpulkan begini :
Hari pertama 1 Mei 2009 :
Makan tengah hari dan petang : Nasi dan Ayam Golek
Makan malam : Steamboat
Hari Kedua 2 Mei 2009 :
Sarapan pagi : Nasi Lemak
Makan tengah hari dan petang : BBQ
Makan malam : Soto
Hari terakhir 3 Mei 2009 :
Sarapan pagi : Cokodok
Makan tengah hari : Nasi bersama ayam kicap dan sayur goreng
Itulah kesimpulannya. Kerana kami pun datang ingin makan, maka saya simpulkan di sini Münster di hari pekerja dipenuhi dengan makanan enak-enak sahaja. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca...
2 ulasan:
leh jadi wartwn nie
terima kasih ruuu...
Catat Ulasan