dulu mase kat doclan lain masalah nye...dah balik msia lain pulak masalahnye...betul kate lenka..trouble is a friend...dan itu lah dugaan tuhan...supaya kita lebih matang....kalau ade penimbang kepale..mau nye kepale aku punye berat mencecah ke 45.3 kg...di beban dengan masalah..org kate setiap masalah ade penyelesaiannya..x kira lah ianya lambat atau cepat..tp friend tak kan pernah jadi trouble..cume ade sesetengah org yang x menghargai kawan je yang ckp cm tu...kdg2 pelik..bila ckp, kawan lah segala2nya... tapi dia sendiri x menunjukan fungsi sebagai kawan...ape kah maksud semua itu... memberitahu semua org , umpama dia tak mempunyai kawan...tapi kawan yang sedia ade yang sedia dengar masalah nya..tak dihiraukan..lepas tu salahkan kawan..at last die cari kawan baru..dan kelihatan hepi aje..hmm tu la org yang x kenal erti persahabatan..sahabat yang mkan tido berak same di sisihkn..sahabat baru di sanjung..ahh persetan sumua itu... ah sesungguhnye aku telah melanggar pantang..sebab? aku teremo di blog..dah sebaris dengan para emoticon yang selalu emo di blog....hahaha...yang lagi masalah yang tidak boleh di cerita....aku simpati..tapi aku kene cekal..kalau tak apa yang di rancang x jadi.....hmmmmmmm...
dan masalah lagi..masalah tenet..meracuni aku.....dah nak pekse...
aaaaaaa nape men tenet lg....dah lah..nak sambung...sambung men fb..ha ha ha
Isnin, 26 Oktober 2009
Selasa, 6 Oktober 2009
Antara lemon dan limau
Lemon tidak akan pernah menjadi Limau...
walaupun kedua nya masam..walau pun keduanya dari keluarga yang sama..
walaupun keduanya sedap untuk dibuat air..
tetepi limau tetap limau dan lemon tetap lemon..

Isnin, 15 Jun 2009
nak balik yey!
lagi 4 hari balik ke rumah bzw kampung halaman.. Nak jumpe sume orang..hahaha makan berak makan berak da staun da kat sini..tipu!!!!!! tolak dtg sini lambat seminggu dan balik cepat seminggu....tak sampai setaun kot....hahahaha kalo sebulan sepurnama kan..kalau setahun????
tengok angka setahun cam 1..kejap gle,,tp mcm2 da jadi...
ada yang di sangka...ada yang tak di sangka.....ada yang di jangka dan ada yang tak di jangka(cop ape beze sangka ngan jangka) aku harap 4 hari ni berlalu dengan pantas
sebab aku da kene selseme rame- rame ni... da parah sangat da...rase nye kalo lame lagi mau aku koma..tak pon mampus terus...ok la kate kan la x mampus..maunye aku cacat seumur hidup...sape kate duk seberang lautan ini indah...ok indah la jugak..kalo amek gambar tengok pemandangan palsu kat panometer leipzig......ok sambung...indah jugak kalo amek gamba berbackgroundkan rapsfelder... tapi bile da dalam gamba tade yang dapat bezakan yang mane palsu...begitu canggih camera olympus ku yang dah lame duk dalam laci ...tp nak wat camne itu la teknologi canggih abad ini...
berbalik kepade selseme rame2 yang aku hidapi tu...aku rase nak g jmpe doktor lah..tapi kat sini kene wat termin la ape la....memang la jumpe doktor di cover pakai versicherung..tapi sape nak bayar duit g APHOTHEKE???? duit lg tu..da la beskal tade org nk beli...
eh panjang lak ...nenanti smbung lagi lah....
tengok angka setahun cam 1..kejap gle,,tp mcm2 da jadi...
ada yang di sangka...ada yang tak di sangka.....ada yang di jangka dan ada yang tak di jangka(cop ape beze sangka ngan jangka) aku harap 4 hari ni berlalu dengan pantas
sebab aku da kene selseme rame- rame ni... da parah sangat da...rase nye kalo lame lagi mau aku koma..tak pon mampus terus...ok la kate kan la x mampus..maunye aku cacat seumur hidup...sape kate duk seberang lautan ini indah...ok indah la jugak..kalo amek gambar tengok pemandangan palsu kat panometer leipzig....
berbalik kepade selseme rame2 yang aku hidapi tu...aku rase nak g jmpe doktor lah..tapi kat sini kene wat termin la ape la....memang la jumpe doktor di cover pakai versicherung..tapi sape nak bayar duit g APHOTHEKE???? duit lg tu..da la beskal tade org nk beli...
eh panjang lak ...nenanti smbung lagi lah....
Ahad, 24 Mei 2009
bijak saje tidak cukup
bijak saje tidak cukup
jika tidak bermatang- matangan
juga berhasat dengki
serta berperasangka
malah tidak boleh kurang
lansung......
jika tidak bermatang- matangan
juga berhasat dengki
serta berperasangka
malah tidak boleh kurang
lansung......
Selasa, 19 Mei 2009
terima kasih =)
terima kasih kerana menerima aku ....walaupun aku banyak buat salah dan berdosa kepadamu..
terima kasih kerana memberi sesuatu yang tidak akan aku dapati dari orang lain..
terima kasih kerana memahami...
terima kasih kerana menghiburkan aku ketika aku bersedih..
terima kasih kerana sentiasa menyokong aku..ketika aku jatuh..
terima kasih kerana ada tika aku perlukan mu
terima kasih kerana kasih sayang mu kepadaku
terima kasihh kerana menjadi ibu dan ayah ku......
rindu mak abah.....

Isnin, 11 Mei 2009
al-fatihah
al-fatihah buat arwah ayah kak hanniya...
dalam kita bergembira...ada orang yang bersedih....
pengajaran buat diri sendiri: rajin2 la cakap ngan abah.... ni tak..asl tepon nak ckp ngan mak aje...

Khamis, 7 Mei 2009
Münster di Hari Pekerja. Bahagian Akhir
Akhirnya, 3 hari 2 malam di Münster juga kami. Hari ini, macam biasa kebanyakannya bangun lambat. Mitch bangun agak awal, dia menolong kak Ros menyediakan sarapan pagi untuk hari ini iaitu cokodok. Wabak demam melanda. Jangkitannya entah berpunca daripada siapa. Namun begitu, cokodok kak Ros tetap menyelerakan bagi mereka yang demam, walau tahap selera makan berkurang ketika demam. Sungguh hebat. Pagi itu Palop terpaksa pulang awal, iaitu sekitar jam 10 pagi kerana beliau ada komitmen lain, hanya sempat menjamah sedikit cokodok. Tak mengapalah, kamipun akan pulang selang beberapa jam selepas itu.
Oklah dipendekkan cerita, makan tengah hari adalah nasi beserta ayam kicap sebagai menu utama di samping sayur goreng. Inilah juadah terakhir untuk trip 3 hari 2 malam Münster. Semua nampak sungguh berselera. Selepas makan, semuanya berkemas untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya bersama Ru, Yed, Baz, Yah dan Rah pulang ke Göttingen, Pam ke Bremen, Mitch ke Krefeld kalau tak silap saya manakala Labu dan Peyung ke bandar arang batu Gelsenkirchen. Sebelum balik, bergambar kenanganlah kami umpama bergambar keluarga. 3 kamera disandalkan dengan apa-apa yang boleh dijadikan sebagai penyendal lantas diself timerkan. Cheese!!!! Gambar-gambar pun diambil. Selanjutnya beransurlah kami untuk berangkat ke pangkuan. Suasana sedih berlaku di tangga dekat pintu rumah kak ros, apabila masing-masing bersalam dan mengucapkan selamat tinggal buat kak Ros. Oh kak Ros, hingga ketemu lagi. Terima kasih atas segalanya. Sesungguhnya percutian ini begitu seronok dan mengenyangkan. Kalau ada ruang dan peluang mahu sahaja dibuat lagi!
Cerita belum tamat lagi. Setelah saya bersama rakan-rakan sampai di Göttingen, kami dapati semua basikal kami berada dalam keadaan selamat kecuali basikal Yah. Kesian, tayarnya dipancitkan. Durjana sungguh si pembuatnya. Tapi itulah kehidupan. So ist das Leben ! Habislah sudah cerita ini. Ini bahagian akhir, pendek-pendek sudah!
Keseluruhan saya simpulkan begini :
Hari pertama 1 Mei 2009 :
Makan tengah hari dan petang : Nasi dan Ayam Golek
Makan malam : Steamboat
Hari Kedua 2 Mei 2009 :
Sarapan pagi : Nasi Lemak
Makan tengah hari dan petang : BBQ
Makan malam : Soto
Hari terakhir 3 Mei 2009 :
Sarapan pagi : Cokodok
Makan tengah hari : Nasi bersama ayam kicap dan sayur goreng
Itulah kesimpulannya. Kerana kami pun datang ingin makan, maka saya simpulkan di sini Münster di hari pekerja dipenuhi dengan makanan enak-enak sahaja. Sekian. Terima kasih kerana sudi membaca...

Isnin, 4 Mei 2009
Münster di Hari Pekerja. Bahagian Dua.
Hari ini hari Sabtu, 2 Mei 2009. Walaupun hari pekerja hanya pada 1 Mei, tak mengapa, itu hanyalah tajuk. Semua bangun lambat kerana penat dan kekenyangan. Sarapan pagi pada pukul sepuluh. Menunya adalah nasi lemak Kak Ros. Seperti biasa sungguh sedap. Ru adalah salah seorang bertanggung jawab dalam penghasilan nasi lemak ini kerana beliau adalah pengupas telur utama.
Gambar Yed di awal pagi
Usai makan nasi lemak, semua harus bersiap untuk keluar bersiar-siar di bandar Münster. Pada jam 12 tengah hari, kami pun melangkah keluar untuk ke bandar Münster. Dari rumah kak Ros, kami melalui tepi tasik, dilihat orang sebagai satu gerombolan besar melayu berjalan umpama perarakan sukan olimpik. Ah, persyaitankan mereka. Cam tak penah nampak orang pulak! Nasib baik kami tidak lambai-lambai tangan. Sesampai di hujung tasik, kami terpaksa berpecah dengan kak Ros dan Yani, kerana mereka ingin mencari tempat sesuai untuk berBBQ nanti.
Destinasi pertama kami di bandar Münster ialah pasar raya Lidl. Kami perlu menambah beberapa botol lagi minuman untuk BBQ nanti. Di samping itu, peserta juga dihidangkan dengan aiskrim Lidl cap ayam. Selanjutnya, kami menyusuri pusat bandar Münster, menuju ke Fußgängerzone bandar Münster. Oh ya, Minim harus pulang segera kerana ade hal katanya. Palop menemani beliau ke stesen keretapi. Kami kehilangan seorang peserta.
Gambar-gambar di bandar Münster
Setelah puas merayap di bandar Münster, pulanglah kami untuk bersiap pula ke Aasee untuk berBBQ. Setelah pulang dari bandar, kami bergegas semula ke rumah kak Ros untuk persediaan BBQ. Kehadiran kak Anu di rumah kak Ros menambah lagi bilangan peserta. Bak kata pepatah, patah tumboh hilang berganti ! Kak Anu punyai seekor basikal. Basikalnya berbelang-belang hitam dan kuning menjadi pujaan sekalian peserta terutamanya Pam.
Cerita dilajukan lagi. Kami berangkat ke tepi tasik yang sudah dicopkan tempatnya oleh kak Ros bersama-sama peralatan BBQ juga ayam, lebihan cucukan steamboat dan sosej sebagai makanan bakar utama nanti. Sampailah kami di sana setelah 10 minit berjalan. Mulanya, AJK tikar iaitu Ru, membentangkan tikar sebagai alas untuk duduk kelak. Lop, Kak Anu dan Yung adalah AJK pembakaran yang sangat dedikasi. Yang lainnya merupakan AJK pemerhati juga merangkap AJK permainan rakyat, UNO, daun terup dan raket. Sebelum menunggu ayam masak, ada mereka bermain kad, raket dan ada juga berbasikal.
Gambar
Pertama : Ayam sedang dibakar
Kedua : Ru sedang makan
Ketiga : Sebelum insiden
Keempat :Pasukan Raket Roma
Malam itu, makan soto. Yani telahpun pulang usai sahaja BBQ berakhir. Soto disiapkan oleh chef utama kami, kak Ros. Sangat mantap. Mahu sahaja makan 10 mangkuk! Malam itu, ada yang tidur awal, ada yang demam dan sebagainya. Kak Anu meluangkan masa bersama sebelum pulang ke rumahnya pada larut malam. Kak Anu juga mencuba permainan rakyat, yakni pissshh, namun taktiknya senang dihidu dek lawan, kerana dia suka menunjukkan gaya ular sahaja walhal gaya peace, batu dan berger juga boleh diguna pakai. Bosan dengan semua permainan, saya ajak Labu, Yed, Yung dan Lop untuk menonton kisah seram Keliwong di TV3. Agak seram. Ru tidur awal, tak dapatlah dia join sekali.
Seperti biasa, di akhir rancangan, semuanya penat, letih, mengantuk dan kekenyangan. Maka tidurlah mereka. Tamat bahagian 2. Bahagian akhir bakal menyusul kelak. Nantikan!

Pabila ayam sudah masak enak, malah ada yang hitam dek kerana kepakaran pembakarnya, maka berkumpulah semuanya di atas tikar medan pemakanan. Sedang makan, tiba seorang lagi peserta baru bernama Mitch, lantas terus makan bersama. Setelah makan, masing-masing ingin bermain, ada yang main raket, ada yang main kad, ada yang berbasikal malah ada juga yang membuat aksi lompat untuk seisi bergambar. Macam-macamlah. Malu rasanya nak cerita, ketika saya ingin berbasikal menyusuri tasik Aasee, tiba-tiba terhempap dek basikal disebabkan daya tolakan yang dikenakan oleh Lop begitu tinggi. Kesian saya, bibir sedikit terkoyak. Saya juga tak pasti samada saya menangis ataupun tidak. Ah, lupakan sahaja. Cuaca tampak makin mendung juga makin sejuk. Ayuh kita pulang semula ke rumah kak Ros.
Malam itu, makan soto. Yani telahpun pulang usai sahaja BBQ berakhir. Soto disiapkan oleh chef utama kami, kak Ros. Sangat mantap. Mahu sahaja makan 10 mangkuk! Malam itu, ada yang tidur awal, ada yang demam dan sebagainya. Kak Anu meluangkan masa bersama sebelum pulang ke rumahnya pada larut malam. Kak Anu juga mencuba permainan rakyat, yakni pissshh, namun taktiknya senang dihidu dek lawan, kerana dia suka menunjukkan gaya ular sahaja walhal gaya peace, batu dan berger juga boleh diguna pakai. Bosan dengan semua permainan, saya ajak Labu, Yed, Yung dan Lop untuk menonton kisah seram Keliwong di TV3. Agak seram. Ru tidur awal, tak dapatlah dia join sekali.
Seperti biasa, di akhir rancangan, semuanya penat, letih, mengantuk dan kekenyangan. Maka tidurlah mereka. Tamat bahagian 2. Bahagian akhir bakal menyusul kelak. Nantikan!
Münster di Hari Pekerja. Bahagian Satu.
Göttingen ke Münster Westfalen sebenarnya hanya 3 jam lebih.
Tetapi tren dinaiki oleh kami telah melencong ke Münster yang tiada punyai umlaut. (Kliklah untuk tahu apakah maksud umlaut). Ianya adalah 2 tempat berbeza. Semua itu ankara saya, maaf rakan-rakan sekalian, kususun sepuluh jari kaki. Di sana rakan-rakan dapat mengenali Hamburg.
Cerita dilajukan. Saya mengambil keputusan untuk mengambil tren yang berasingan daripada rakan rakan yang lain. Saya memilih untuk berseorang ke Münster dengan menaiki tren Intercity (IC). Dua jam suku perjalanan dari Hamburg, akhirnya saya menemui umlaut pada huruf u di ejaan Münster.
Rumah Kak Ros terletak lebih kurang 10 minit dengan menaiki bas. Pam dan Yung membawa saya ke destinasi makanan terhebat ini. Loceng ditekan, kak Ros dengan tenang membuka pintu. Saya pun bersalam dengan Kak Ros, di samping bersalam kenalan dengan Yani dan Minim. Labu juga ada di sini. Palop dengan tidak sabar ingin mendengar cerita kesesatan perjalanan, walhal aku ketika itu kelaparan. Ah, tak apalah. Kuceritakan jua. Selanjutnya saya makan ayam golek kak Ros. Lazat!
Cuaca hari tersebut sangat indah, Palop mengajak keluar ke tepi tasik bernama Aasee. Bersama Yani, Minim, Labu, Pam dan Yung, kami ke tasik yang indah itu. Wah sungguh nyaman. Kak Ros tak ikut sebab ingin memastikan semua makanan menepati piawai. Sihat, lazat dan punyai khasiat.
Di tepi tasik, kami bermain permainan rakyat yang diajar oleh palop, yakni alihkan sahaja batu kecil itu. Lagunya berbunyi begini ;
Pindahkan tempat batu kecil ini
pindahkan ia ke sana ke mari,
si betina bertelur, telurnya tinggal satu,
telur, telur, telur, telur.
Jam menunjukkan pukul tujuh petang. Ditemani Palop dan Labu, saya seterusnya ke stesen keretapi utama Münster untuk menjemput rakan-rakanku yang telah kutinggal di Hamburg tadi. Rah, Baz, Yah, Yed dan Ru akhirnya sampai ke Münster(Westfalen)! Tahniah diucapkan. Sesampainya mereka, kami membawa mereka semula ke tasik Aasee.
Sesampai semula di Aasee, Pam, Yung, Minim dan Yani masih ralit bermain permainan alihkan saja batu kecil itu. Memandangkan Rah dan Yed membawa raket ditambah raket yang digelapkan dari Goethe, kami seterusnya bermain raket secara begilir-gilir sehingga matahari terbenam. Seterusnya, kami baliklah ke rumah kak Ros. Sesampainya di muka pintu rumah kak Ros, pasukan tersalah tren Göttingen pun menjerit, Kak Ros..... Kami datang nak makan.... Sungguh tidak malu!
Cerita difast forwardkan lagi. Makan malam hari itu adalah Steamboat. Wow! Sungguh mengkagumkan. Daging ayam, sotong dan bebola dicucuk dengan sebatang lidi sate, lantas direndam di dalam sup mendidih, diserikan lagi dengan air kicap dan air lada melengkapkan lagi selera sekian peserta.
Selepas makan, kami semua kembali cergas. Permainan rakyat diteruskan, diselang selikan dengan permainan kad UNO dan daun terup. Permainan rakyat juga ditambah malam tersebut.
Antaranya ialah Pishhhh, Concentration gives no reason, buaya biawak dan Cak kelicap cap cap cap cap. Namun permainan pishhh mendapat rating yang tinggi pada malam itu.
Malam itu juga, ada kejutan. Majlis hari jadi tertunda bagi Palop dan terawal untuk Rah diadakan. Bagi Rah ianya tiadalah kejutan kerana sudah mengetahui asal usul kek tersebut. Tetapi sebaliknya bagi Palop. Beliau sungguh terharu.
Setelah semuanya penat dan kekenyangan, tidurlah kami. Selanjutnya akan diceritakan untuk hari esoknya...
Nantikan sambungannya... Sabar...

Khamis, 30 April 2009
ojo koyo ngono!
Dino iki dino jumaat..nyong arek mareng nang rumah neh mbak yu ross...arek mangan pitik panggang..wes lomo orak temu karo mbak yu ros..nyong kangen banget karo mbak yu ros...jam 10 nyong karo bocah- bocah iki merono lah..jam 1 teko lah nyong nang kono...iwak opo lah mbakyu ros mateng engko...Dino iki koyok arep udan lah..wes lah.. nyong arek ados...engko temu neh....yok merono..
Ahad, 5 April 2009
Langgan:
Catatan (Atom)